BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 28, 2009

Selamat Ari Raya Aidiladha dan Pengorbanan

Selamat Ari Raya semua....korban jangan tak korban,
selalu sangat aku dengar orang cakap tentang korban..memang aku tahu,mak ayah aku,tok wan aku,sedara aku semua berkorban..siapa tak pernah berkorban kan?

Sedangkan aku sendiri berkorban,bila cakap sal korban,aku teringat zaman kecik aku dulu,masa aku masih susah leha dan masih serba serebi kekeuwrangan,tiap2 ari bawak 50 sen jek g sekolah,makan pun berjimat,kalau leh makan nasik 2 kira untung la....2 pun sebab kumpul duit 2 hari tak makan...nasi seringgit sepinggan,tapi aku tak kisah....

Pas 2 ingat lagi masa duk kat kampung dulu,aku ikut atuk pergi sawah teman atuk mengesawah dan membajak batas padi..aku ingat lagi bila aku nangis sebab kene 'makan' ngan lintah,"die isap darah,die isap darah.."meraung aku tengok lintah kat kaki..berdarah habis kaki aku,atuk aku dtg amik rumpun padi 2,kuis sikit kat kaki aku,jatuh gedebuk lintah 2...aku nangis,atuk aku pujuk...hitam badan aku tiap2 ari main dan mandi peluh kat sawah..tapi aku tak kisah....

Bila makan je,ingat kat kampung sebelah mak aku dulu,ayah aku cter,atuk dulu duk dalam hutan masa zaman pengganas komunis,atuk aku cuma makan ubi kayu je ari-ari,makan pun sekali je sehari.Sampai skang atuk aku masih hidup,bila aku tanya je kat atuk,atuk selalu cakap,hidup sekarang bertuah,atuk cume cakap,orang sekarang banyak lupa jasa pengorbanan orang tua..aku menggangguk je sebab aku tahu,betul!!manusia sekarang dah lupa jasa pengorbanan orang dulu,walaupun atuk aku bukan la pejuang tanah air,tapi dialah antara pemuda paling berani kat kampung aku dulu,humph,bangga jdi cucu atuk...bile balik kampung je,kekadang aku suh atuk masak ubi kayu makan,sebab aku nak rasa sendiri pengorbanan dia dulu..aku tak kisah...

Masa umo aku 7 tahun,aku ingat lagi,hari pertama ayah aku kena tunggu kat dalam kelas satu ari,kes aku tanak duk sowang dalam kelaspas 2 takut ngan cikgu..haha...aku pernah terkencing sebab kena tengking tak buat keje ngan cikgu BI merangkap cikgu disiplin sekolah,ayah aku berkorban jugak datang amik aku kat sekolah ari2...dulu ayah aku badan berisi,lepas dia sakit,sekarang da kurus,tapi die tak pernah mengeluh,aku rasa itu erti pengorbanan seorang ayah...penat2 pun die tak merungut..aku kadang-kadang menangis dalam ketawa sebab dapat ayah macam 2..aku tak kisah...

Tiap kali dulu,masa lepas je masak,time nak makan,mak aku selalu cakap kat aku,makan nasi biar licin pinggan sebab petani berkorban nak hasilkan beras 2...aku mula-mula susah nka ikut,lama-lama jadi kebiasaan aku untuk licinkan pinggan lepas makan,dan sunnah untuk jilat jari aku buat jugak bila teringat kadang-kadang,mak aku selalu tipu aku,bile time makan je die selalu cakap "mak dah kenyang,habiskan la nasik dalam periuk tu,".Bila aku tak makan,aku tengok mak aku makan sampai habis nasik,die lapar lagi,tapi die tak tunjuk...Bile mak aku buat keje malam2,die selalu cakap,"Izam,masuk tido,dah lewat nie,".Padahal mak yang asyik menguap...mak aku tipu aku,tapi aku tahu itulah pengorbanan seorang mak,sebab die sentiasa senyum walaupun ada masalah dan selalu pentingkan anak-anak die...mak aku masih menipu sekarang,tapi aku mula faham,penipuan yang mak aku buat erti kasih sayang seorang ibu..

Aku sekarang mula faham erti pengorbanan,bukan setakat korban aidiladaha semata-mata,tapi dalam hidup nie,setiap orang ape jua keadaan,akan terus berkorban demi hidupnya,demi orang yang die sayangi...sekarang aku dah mumayyiz,dah baligh,orang cakap da besar panjang,da sampai masa,aku balas balik setiap kasih sayang,pengorbanan ayah,ibu,tok,wan aku..walaupun aku masih g belum kenal erti pengorbanan sepenuhnya,aku mula paham,hidup adalah tentang pengorbanan..dan aku sendiri dalam proses berkorban demi orang-orang yang aku sayangi...

Aidiladha tahun nie,aku tengok lembu masih tetap tumbang dikorbankan,aku juga harap aku dapat sesuatu dari apa yang aku tulis nie,pada semua member2 aku yang amat aku sayangi,aku akan terus ber'korban' demi korang,walaupun cuma mampu bagi senyuman atau kata-kata semangat,teruslah berjuang sahabatku...sem depan nak mula dah x lama lagi,aku harus ber'korban' untuk keluarga,untuk semua...kawan2..doakan aku..

Kesempatan nie,aku nak mintak maaf kat semua kalau ada buat salah silap..sob3...pada yang aku tak bayar utang 2 lagi,sem depan aku bayar la UM..haha....update aku cuti nie dah terlaksana,tutup buku...okie..pade semua..teruslah senyum dan berkorban okie...bye2...

Wednesday, November 18, 2009

7th destiny(chapter4)






Bilik di makmal tersembunyi Jinggo dilimpahi cahaya keputihan dari kalung yang dipakai oleh Zakwan..Alia menutup matanya kerana kilauan cahaya itu menusuk keras mata bundarnya itu.Lama kelamaan,cahaya itu semakin hilang dan akhirnya lesap bersama-sama Zakwan!!!!Zakwan sudah hilang bersama kalung tersebut,cahayanya dan hanya terdapat 3 orang sahaja di dalam bilik tersebut sekarang.

Alia cemas.Hatinya resah.Manakan tidak,pemuda yang bertakhta di hatinya hilang begitu sahaja.

"Prof,mana Zakwan?"

Professor Marion masih membatukan diri,diam tanpa sepatah bicara.Langsung tiada jawapan yang pasti untuk soalan Alia tadi.

"Alia,balik ke ibu pejabat sekarang.Avis tak mungkin dapat menahan serangan mutan-mutan itu lagi.Apa pun,kita kena tunggu Zakwan pulang,cuma keberanian dan kekuatan dia untuk pulang saja dapat selamatkan dia"

Alia makin celaru,namun begitu,arahan Professor Marion mesti dilaksanakan.Avis juga ada hadnya.Tak mungkin avis dapat bertahan lagi..dalam hati kecilnya,dia mengharapkan puteranya pulang secepat mungkin.




Zakwan membuka matanya selepas silauan di kalungnya hilang.

"Apa tempat ni,hah?!!!!"

Zakwan benar2 kaget.Dia berada di tengah-tengah pasar di sebuah kota dengan binaan yang pelik.Binaannya bercirikan buatan Arab dan terdapat tulisan yang tidak dapat difahami di sekeliling bangunan tersebut.Beberapa orang kelihatan seperti saudagar kaya sedang meneliti tulisan tersebut.selain itu,peniaga2 lain sedang sibuk berniaga pelbagai jenis barangan.Apa yang mengejutkan Zakwan,kesemua mereka kelihatan seperti kabus,pudar warnanya,seperti sebuah hologram tetapi lebih jelas bentuk dan ketumpatannya.

tiba-tiba,bahu Zakwan dicuit seseorang.

"Awak!!!!Kenal tak saya?"

Seorang wanita berbadan langsing,tinggi dan sangat cantik berdiri di hadapan Zakwan sambil menghadiahkan sekuntum senyuman yang amat manis pada Zakwan.

Zakwan terdiam,memikirkan di mana dia pernah melihat gadis tersebut.Tiba-tiba,dia teringat.Itulah gadis yang dijelingnya tadi.Gadis cantik bertudung yang membuatkan dia panik di hadapan Alia.

"Awak ni gadis kat kaunter 2 kan?em....cik??

"Erika,panggil saya Erika."Gadis di hadapannya pantas memotong percakapan Zakwan.

"Oh,saya Zakwan.anak buah Professor Marion."
"Em,kat mana kita nie?dan macam mana awak boleh ada kat sini?"


"Saya pun tak tahu,saya cuma disuruh professor Marion untuk memakai sebentuk kalung tadi,tiba-tiba kalung tu bercahaya dan saya dah berada kat sini.Saya tengok tempat ni macam dekat bahagian Timur Tengah je.Binaanya jelas dipengaruhi buatan Arab dan saya rasa ni adalah Zaman Kerajaan Babylon.Awak tengok kat bangunan tu,simbol mata 2 adalah simbol Tuhan Kerajaan Babylon,Amon namanya.Dan 2 pulak Ra,tuhan kedua kerajaan Babylonia."

Zakwan tercengang mendengar penjelasan gadis di hadapannya.Diam-diam ubi berisi.Dia semakin kagum dengan gadis tersebut.Banyak yang diketahuinya.

"em,saya rasa kita patut tanya pada orang kat sini tentang kedudukan sebenar kita,"

"Warghhhhhh!!!!!!"Satu jeritan yang amat kuat tiba-tiba kedengaran dari tengah-tengah pasar tersebut.Seorang saudagar tiba-tiba menjerit.Zakwan dan Erika berpaling ke arah suara tersebut.Saudagar yang mereka lihat sebentar tadi bukan lagi saudagar...Badannya telah berubah warna...Kukunya semakin panjang dan badannya membesar..Tulang belakangnya telah tercabut dan mengeras menjadi besi.Orang ramai bertempiaran melarikan diri.

"MUTAN!!!!"hati Zakwan semakin cemas.Zakwan berundur dari situ.Tiba-tiba,dia menyedari ketiadaan seseorang.Gadis tadi...

"Erika,mana Erika?!!!!"Zakwan mencari-cari kelibatErika.Zakwan terkejut melihat Erika kini sudah berada di hadapan mutan tersebut.Mutan itu sudah menghunuskan kuku,bersiap sedia untuk menusuk kepala Erika dengan kukunya yang tajam..

"TAK GUNA!!!"Zakwan menjerit seraya berlari sepantas kilat ke arah Erika.

Sejenak jadi kanak2....

Sebelum bercuti,nak jugak revealkan sapa sebenarnya penulis blog nie...hehe....cari n teka la yea,hehe...yus g makan dengan kawan2,main2 kat arcade macam kanak2,hehe...suke sgt..tq semua..Terima kasih pada kawan2ku..balik cuti nie..aku akan cterkan tentang member2 aku lak...member2 yang sentiasa membasahkan gusi aku gelak hari2..hehe....HAPPY HOLIDAY ALLZ....



Nielah hero blog nie..hehe...nilah Yus..Yusnizam Yusuf,preview tepi dulu..hehe
masa men tembak2..



Nie antara member2 aku,hehe..ketat je muka Aus,yang kanan 2 Aus,yg comel2 2 Wanie..hehe..ta pe..kite reveal sikit dulu kawan2 aku,sebab aku akan ceritakan sal diowang t..lepas cuti atau masa cuti nie...hehe...

N2k Sementara..Pulanglah....


Entry kali nie n2k beritahu pada semua follower,semua pengklik,semua kawan2 blog aku yang pernah masuk blog nie,n masuk dan tengah baca nie..Yus akan pulang ke kampung halaman semula selepas merantau jauh...jadi mungkin aku(tukar style) akan menghilang sekejap sebab kat umah ta de tnet,nak on9 pun susah,tapi Yus akan tetap spent beberapa jam untuk men klik2 kat kowangnyer blog,sebab aku tahu Cik Za(jiran) tak kisah nyer pinjam tenet die..hik3

Bila bercakap tentang nak balik umah,satu badan aku dah semakin panas,sebab dah lama tak jumpa bunda tersayang,3 bulan hidup jauh betul2 uji kesabaran aku...uji ketabahan..memang la aku anak sulung.Anak sulung selalu dikaitkan dengan ketabahan,kuat berkorban dan sebagainya..tapi aku sedar..aku juga manusia..lagipun bila balik umah member2 yang ada famili kat umah,aku asyik teringat je umah...

Akhirnya penantian 3 bulan n2k balik umah tercapai...jadi esok,aku akan bertolak balik ke Kedah,kampung tercinta..Kat umah t ada banyak benda aku nak buat..huhu....nak jumpa member2 balik, nak buat projek time cuti tapi Yus xkan lupakan kowang,time kasih banyak2..sebab kowang...AKU MULA PAHAM ERTI BERBLOG,BUKAN SEKADAR TEKAN,ADD FOLLOWER KOMEN,TAPI BLOG BUAT AKU SEMAKIN BERPIKIR

HIDUP SETIAP ORANG PENUH DENGAN LALUAN BERBEZA,PENUH DENGAN PENGALAMAN BERBEZA,DAN AKU MAKIN NAMPAK ERTI KEINDAHAN BLOG,SEBAB ADANYA KOWANG,MEMBACA SHOUT2 KOWANG,ARTIKEL2 KOWANG TENTANG HIDUP KOWANG,BUAT AKU MULA OPEN UP MY MIND..N MULA BERPIKIR TENTANG HIDUP SEMULA...

HEHE...JADI SEMOGA KOWANG MERINDUI AKU T K..HEHE..SMILE UWAYS SEMUA...YUS AKAN TETAP BUKAK BLOG KAT KEDAH,CUMA DA TAK BERJAM2....HEHE....JAGA DIWI KOWANG EA....:)

Tuesday, November 17, 2009

Cinta..memang indah....


Something Happened To My Heart
(English Version)


Even though I tell it not to go,
Even though I tell it to stop

My heart keeps going towards you
It doesn’t wear out, it doesn’t decrease

Why is my love like this
One by one, I count and count the memories

My heart can’t rest for even a moment
It’ll just become baggage that becomes hard to control

Why can’t I even throw them away
Really, my heart must have done something somehow

I must have become a fool that’s blind from love
Just one place, everyday one place
http://yuyaindou.blogspot.com

Looking at the sad light that is you
Even the tear glands must be broken

My tears won’t stop
I love only you, only you

Can’t you just tell me?
Even if I hold out my hands,

No matter how much I call out
You’re always far from me

It’ll be a love that becomes painful scars
Why can’t I erase it

Really, my heart must have done something somehow
I must have become a fool that’s blind from love

Just one place, everyday one place
Looking at the sad light that is you

Even the tear glands must be broken
My tears won’t stop

Just one word, the one phrase that you love
Can’t you just tell me?

I try to comfort myself with the lie
That I’m happy if you just smile

Because the place you’re going towards is not me
The lonely tears flow


Really, my heart must have done something somehow
I must have gone crazy over this hard love

Can’t have you, can’t forget you
Waiting for you day by day

I must have gotten ill from missing you so much
From loving you too much

Just one thing, your heart, that one thing
Can’t you just share it with me
Can’t you love me



bila baca balik lirik lagu nie...aku mula berpikir...apa itu cinta.....

Aku,Kau,Mereka,Kita


Tiada manusia dilahirkan sempurna..ada saja kelemahan manusia dalam setiap hari dia melalui kehidupan...manusia sendiri tak pernah lekang dari membuat salah dan menyalahkan orang lain...kerana manusia hidupnya adalah lebih mudah untuk menyalahkan dari berfikir tanggungjawab mencari kelemahan itu sendiri dan memperbaiki dirinya.

Tiada manusia yang pernah hidup hanya dengan kegembiraan.Orang yang berharta sekalipun tidak pernah lekang dari kesunyian dan kesedihan.Sifat manusia itu perlukan teman dalam hidupnya kerana manusia itu sendiri diciptakan berpasangan.Aku engkau.Dan AKU,KAU harus mencari teman untuk menjadi mereka..untuk menjadi KAMI..




Aku terbayang balik cta KAMI..walaupun berkisar tentang kehidupan remaja,tentang sekawan remaja yang mencari identiti hidup,yang cuba hidup dalam alam mereka sendiri,moral-moral cerita ini sanagt jelas.Aku.Engkau.KAMI....manusia perlukan teman dan senyuman terukir bila teman ada di sisi....

Semakin aku berpikir,semakin aku sedar,hidup aku dikelilingi teman2 yang banyak menolong,membantu,bersama-sama melalui pahit getir hidup tak kira masa...teman yang membetulkan kesilapan2 manusia ini dalam hidupnya..kerana teman adalah pembetul kesilapan dalam hidupku..dan bila aku mula merasai erti sebuah kekesalan,teman membawa erti sebuah persahabatan,harapan,dan kegembiraan...

Teman...
Bukan mudah untuk mengungkapkan,Kau,Aku.Kita teman.kerana persahabatan itu terlalu abstrak seperti perasaan di dalam hati..tak dpat dilihat,tak dpat dipegang,tpi jelas terasa...Itulah teman bagi diriku..bukan hanya sekadar individu,tapi sebahagian dari hidupku...Aku mengharapkan Tuhan(Allah) itu adil,aku sedar hidup ini memang adil..aku diberikan ibu,ayah,teman,sebagai pendamping suka dan duka,sebagai pembimbing betul dan salah,sebagai aku,kau dan KITA,KAMI....