BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 20, 2009

Cinta Allah,cinta Manusia





Dah lama cuti,dah lama otak menyempit di rumah,dan dah lama x update blog...sedih melihat blogku tidak terurus..heheapa pun aku kembali ke alam pengajian..terus berjihad,kata ayahku..'pe2 lah abah,janji hati abah senang'

......banyak yang sudah berubah...ada kawan yang dulu datang kini diam menyepi....ada kawan yang dulu hilang,muncul kembali...ada kawan yang dulu kawan kini menjadi benci...aku cuba buat apa yang terbaik,itulah lumrah,kawan dtg dan pergi,tetapi sahabat sejati tetap ada di sisi...aku tetiba mula cuba untuk memahami erti cinta..apa itu?aku tak tahu..



teman istimewa aku cakap "persahabatan dengan cinta,jauh bezanya..sahabat,bermula dgn persefahaman,berkembang kerana perpaduan berakhir dengan kematian,cinta...bermula di mata turun ke hati berakhir dengan air mata",aku yakin part persahabatan tu,tetapi part cinta..mungkin tidak,kalau x kenapa cinta itu kata orang membawa bahagia..?


masa aku bertapa kat umah,satu isu 'alam' mula menerjah ruang pikiran ini...kenapa manusia ada yang sanggup ketepikan cinta kerana wang ringgit?bahkan kerana agama?ada kata cinta itu buta...tapi kenapa pulak buta?cinta tak kenal darjat mahupun harta?hurm..aku cuba selami apa erti cinta...kadang2 aku pikir,cinta nie dah ada sejak kita lahir lagi,cinta pertama,cinta pada Allah...ironinya kehidupan manusia,mata kita pertama kali dibuka di dunia ini,kita disajikan laungan azam dan iqamat yang syahdu dari mulut ayah kita,dan kalimah pertama yang kita dengari ketika itu..Allahuakbar..perkataan Allah dalam Alahuakbar itu sendiri menunjukkan kita Allah adalah yang paling utama...bukankah begitu..?

setelah kita mula meningkat remaja...ada satu perasaan yang buat kita ingin dekat dengan jantina yang berlainan,ada daya tarikan hinggakan kita tak senang duduk sebab tarikan hormon ini..manusia mula belajar erti nafsu...kawalan nafsu tu penting sebab kalau nafsu tak dikawal..jasad ini akan mula melakukan perkara mengikut hawa nafsu itu..mulalah kes rogol,cabul dan sebagainya..menerjah akhbar kini..tu semua sebab nafsu..perlukah kita salahkan cinta?

remaja,zaman yang indah.Allah mula menguji manusia dengan cinta kepada manusia..di sini Allah lihat,keimanan kita meniti kehidupan..ada yang 'karam',ikutkan hawa nafsu dan perasaan sayang,maruah pun tergadai,untuk buktikan cinta perlukah kita jadikan maruah taruhannya?tidaklah aku menghina golongan ini,kerana aku sedar manusia itu lumrah melakukan kesalahan...namun jika difikirkan..maruah seorang wanita itu ibarat permata ataupun kertas A4 putih yang biasa..

Peramta itu keras,dan tidak mudah dipecahkan,ibarat maruah wanita yang muslimah,yang menjaga maruahnya,kertas A4 mewakili maruah golongan wanita yang saya katakan di atas..terlalu mudah dikotori dengan dakwat dan tompok2 hitam,itu adalah sebahagian dari isu 'alam' yang kuat aku pikirkan ketika di rumah,

renungilah ayat al-Quran ini

"Dan apabila mereka dilambung ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru Allah dengan menunaikan ketaatan kepadaNya. maka apabila Allah menyelamatkan mereka sampai di daratan, lalu sebahagian mereka tetap menempuh jalan yang lurus ( mengakui keesaan Allah). Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat kami selain daripada orang yang tidak setia lagi ingkar". (Luqman:32 )

Allah mengampuni dosa umatnya yang ingin bertaubat..dan dalam ayat di ats Allah memberikan peluang kedua bagi manusia yang melakukan kesalahan di atas muka Bumi ini..terpulang kepadaNya untuk menerima atau tidak taubat hambanya,yang penting ikhlas dan sabar memohon keampunanNya..apa kaitan cinta manusia dan cinta Allah?

Allah berikan cinta di hati kita kerana kita ini ditakdirkan hidup berpasangan..kerana kita memerlukan pasangan,sedangkan Adam itu sendiri memerlukan Hawa nya...cinta manusia yang suci berlandaskan cinta pada Ilahi...saling ingat mengingati tentang kekuasaan Ilahi dan saling menasihati ke arah kebaikan...cinta tidak semestinya kita perlu bertemu dengan orang itu untuk merapatkan hubungan..kadang2 cinta manusia itu hanya hadir untuk menguji dan hamba Allah yang tulus cintanya,tidak membelakangkan cinta Allah dalam hidupnya...



Aku sudah merasai cinta...dan aku semakin mencintai...namun...biarlah aku ungkapkan yang..hanya Tuhan yang tahu kepada siapakah cintaku...tutup cite sal cinta...aku mula terkenangkan sem baru nie....nampaknya makin banyak akan aku tempuh dengan sahabat-sahabatku nanti..dan seperti dijanjikan,aku akan introduce sahabatku kat semua nanti..sekalung terima kasih kepada mak cik za yang meminjamkan linenya pada aku ari nie..hehe..jumpa lagi minggu depan


Semester baru,azam baru,hidup baru..tetapi entahlah dapat dilaksanakan atau x...every success comes with thousand circumstances...hehe..salam...

0 comments: