BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 16, 2009

1st post:assalamualaikum 4 pagi

Jam dah tunjukkan pukul 4 pagi...aku masih lagi di hadapan komputer waktu ni..masih menaip assignment yang bertimbun-timbun..walaupun baru seminggu memulakan Pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains di Universiti Malaya..aku dah dibebankan dengan macam-macam kerja dan projek...(penat!!!)

tapi takpe..aku syukur..at least aku da blajar macam2 minggu nie...

  1. Projek kumpulan teater TITIAN kolej 9-tarian randai(tarian minangkabau),projek pertama aku dalam bidang tarian yang aku ta sangka akan aku ceburi...penat jugak rupanya menari ni...tapi tarian ni melatih koordinat badan kita dan menyihatkan tubuh badan(penyelia aku yang cakap),tapi memang betul,sejak aku masuk tarian ni, badan rasa ringan je....

malam ni masuk malam ke-6 kami berlatih tarian randai...aku semakin tertarik dengan tarian ni..sebab tarian ni banyak menggunakan asas silat dan adat minangkabau yang tinggi dalam setiap gerakan tarian...sebelum masuk tarian ni,aku ada wat research sikit tentang tarian randai...ni antara hasil 'kajian' aku....hehe...

Tarian randai dulunya dimainkan oleh pedagang-pedagang Minangkabau dan berasal dari Sumatera..mereka menggabungkan unsur silat dan adat minangkabau dalam tarian ni....Tarian randai dimainkan dengan diiringi alat muzik seperti caklempong, rebana, salung dan gong.Dalam adat Minangkabau, tarian ni sering dimainkan dalam pesta menuai dan pesta perayaan kaum Minangkabau..ntuk pengetahuan lanjut rujuk laman web ni,

randai

dan ni jugak ada video tentang tarian ni...

0 comments: