BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 16, 2009

Permulaan suatu kehidupan....

4 April 1991...seorang bayi lelaki dilahirkan di Hospital Universiti Kuala Lumpur.Dan sejak itu,bermulalah kehidupan aku dengan identiti diri Yusnizam bin Yusuf.Seorang kanak-kanak yang amat lemah tubuh badannya suatu masa dahulu..Aku lahir dengan berbagai-bagai penyakit menimpa aku.Resdung yang aku hidapi sejak lahir merupakan sesuatu yang amat menguji kedua orang tuaku.Aku walaubagaimanapun sembuh,dan sejak itu, aku menempuh hidup yang ceria dan dikurniakan Allah kesihatan yang baik..

Saat memasuki sekolah rendah, aku adalah insan yang bertuah,kerana diberikan kawan yang baik..namun begitu, kerana kurang ketegasan dan bersifat penakut, aku dibuli di sekolah dulu..teruk jugaklah hidup aku dulu..setiap hari..ada ja yang aku kena buat untuk budak2 yang lagi tua dari aku,kena bawak beg sekolah la, kena g kutip bola masa latihan bola diorang la n macam-macam lagi...

Tapi...seorang insan dengan nama Hazrol telah mengubah sikap aku..dia mengajar aku erti keberanian,erti ketegasan dan menjadi seorang lelaki yang kuat, walaupun waktu aku kecik tu,aku bukanla tahu sangat tentang kekuatan n ketegasan lelaki ni...tapi dia yang menyebabkan aku kembali dihormati dan tak lagi dibuli..bagi aku,Hazrol yang banyak mengubah aku..banyak menjadikan aku seorang insan.tapi,dia hidup hanya untuk seketika,hanya untuk menjadi teman yang sementara,Tuhan lebih sayangkan dia, nyawanya melayang di hadapan aku sendiri akibat kemalangan dengan kereta,

Dan,aku hanya dapat melihat dia kehilangan nyawa.hanya dapat memangku dia saat dia menghembuskan nafas terakhir di riba aku...dan peristiwa itu mengajar aku erti sebuah kehidupan..Yang hidup pasti akan mati...Hazrol..Al-Fatihah untukmu....


Sejak peristiwa tu,aku berubah menjadi pelajar yang amat rajin dan bercita-cita tinggi...aku berjaya jugak akhirnya ke menara gading,hasil doa dan usaha dan berkat serta pengorbanan ibu bapa aku,dan nasihat dari arwah Hazrol....dan blog ini aku sediakan khas untuk menceritakan hidup2 aku dan apa yang aku tempuh setiap hari..sebagai hamba Allah dan sebagai khalifah di muka Bumi....di sinilah..akan aku coret segala isi hati dan kepada setiap pembaca..di sinilah bermulanya sebuah kehidupan.....

0 comments: