Zakwan berjalan mengikuti Professor Marion.Setahunya,jalan yang dilalui mereka membawa ke Perpustakaan Zega,perpustakaan awam Bandar Xell."Kenapa Professor Marion bawa aku ke sini?"hati kecil Zakwan tertanya-tanya destinasi mereka.Dia tidak mahu bertanya banyak kerana Professor Marion sangat cemas.Dia hanya akan melambatkan lagi masa jika dia banyak bertanya.Alia juga hanya diam mengikuti Professor Marion.
"Mungkin dia juga berfikiran sebegitu",kata hati kecil Zakwan.
"Assalamualaikum cik,boleh saya bantu,"seorang gadis cantik berpakaian uniform biru dan bertudung menyapa mereka di kaunter pertanyaan Perpustakaan Zega."Waalaikumsalam,boleh saya berjumpa dengan Jinggo.Katakan pada dia Marion yang datang."
Ketika Professor Marion sedang berbual-bual dengan gadis tadi,mata Zakwan tidak lepas dari memandang gadis beruniform biru tersebut.Senyumannnya yang manis mencuit sedikit hati Zakwan.Alia yang menyedari ekor mata Zakwan mencubit tangan Zakwan perlahan.
"Hehe..terpikat ke bang?"tanya Alia seraya tertawa.
"Eh,tak la!!!Zakwan tengok senyumannya tu je,manis,"kata Zakwan perlahan kepada Alia.Malu sedikit dirinya kerana perbuatannya disedari Alia.Dia cepat-cepat mengalihkan pandangan ke arah orang-orang yang banyak lalu lalang di ruang tengah perpustakaan itu.
Alia tertawa kecil.Lucu hatinya melihat reaksi yang ditunjukkan Zakwan.Dia sudah lama jatuh hati dengan anak muda bernama Zakwan itu,cuma perasaan malu yang menebal dalam dirinya serta komitmen Zakwan kepada tugas menyebabkan dia bertangguh untuk memberitahu perasaan sebenarnya.Jika diikutkan hatinya,sudah lama dia ingin memiliki hati Zakwan.Zakwan baginya pemuda yang berani,baik dan bertanggungjawab.
"Alia,Zakwan?"satu suara menegur mereka.
Mereka serentak berpaling ke arah punca suara tersebut."hai,saya Jinggo.Kawan kepada Marion.Mari, kita sudah kesuntukan masa."Alia dan Zakwan bingkas bangun dan mengikuti Professor Marion dan Jinggo.Anak mata Zakwan sempat lagi menjeling gadis di kaunter pertanyaan tadi.
Mereka berempat termasuk Professor Marion berjalan ke tingkat 5 perpustakaan mega itu.Ribuan rak dan buku-buku yang ditulis sepanjang Zaman Kebangkitan memnuhi segenap ruang rak-rak tersebut.Zakwan masih kecil ketika Zaman Kebangkitan berlaku.Zaman di mana perkembangan ilmu pengetahuan dan sastera meningkat hasil penemuan baru serta perkembangan sains semula di Bumi selepas kejadian meteor yang meragut nyawa separuh umat manusia itu melanda.Zaman ini juga melihat kebangkitan semula manusia melawan mutan-mutan.Perkembangan ketenteraan hasil penemuan galian-galian baru akibat meteor tersebut juga berlaku pada zaman ini.Dengan hasil galian serpihan meteor tersebut mereka berjaya menghasilakan lapisan hologram baru yang dapat menahan hentakan dan banyak lagi penemuan baru.
"Kita dah sampai."kata Jinggo.
"Tapi ini cuma rak buku yang biasa,"kata Zakwan.
Memang itu hanya rak buku yang biasa.Zakwan terpandang kod rak tersebut.'19810-Sejarah'.Rak tersebut hanya kelihatan biasa seperti ribuan rak yang terdapat di perpustakaan itu.Tiada apa yang berbeza.
Jinggo tersenyum.
"Sekarang Zakwan,tarik buku kelima dari kanan pada baris keenam rak,buku ketujuh dari kanan pada baris kelapan,buku pertama dari kiri pada baris bawah sekali."
Zakwan melakukan apa yang disuruh oleh Jinggo.Tiba-tiba rak tersebut terbelah dua.Sebuah pintu tersembunyi muncul dari celahan rak yang terbelah tersebut.Zakwan terkejut melihat apa yang dipertontonkan Jinggo.Tidak pernah dia pikirkan akan wujud pintu rahsia di sebalik rak tersebut.
"Inilah makmal rahsia saya dan Professor Marion.Dulu,kami merupakan sahabat baik dan saya merupakan pembantunya dalam membangunkan Bandar Xell.Cepat,pakai benda ni.Awak telah dipilih Professor sebagai First."kata Jinggo.
"First?Apa yang First?saya tak paham Encik Jinggo,"Zakwan semakin keliru dengan arahan Jinggo.
"Pakai je la,saya jamin awak akan selamat,"
Jinggo menghulurkan sebentuk kalung kepada Zakwan.Zakwan semakin berdebar-debar.Apa pun yang akan dipakainya nanti,dia tahu hidupnya akan berubah.Dia memandang Professor Marion dengan wajah yang gusar.
"Jangan risau Zakwan,pakai je.Kita dah kesuntukan masa,"
Tanpa berfikir panjang,Zakwan menyarung kalung tersebut ke lehernya dan....
Wednesday, October 28, 2009
7th destiny(chapter 3)
Posted by Meniti Hari.... at 11:14 AM 0 comments
Labels: alam, cinta, left for dead 2, perubahan, takdir
Tuesday, October 27, 2009
7th Destiny(Chapter 2)
Wan bergegas menuruni anak tangga dan menuju ke bilik kawalan.Fikirannya bercelaru dan bimbang kerana sejak akhir-akhir ini, semakin banyak mutan yang menyerang Bandar Xell.Bagaikan mutan-mutan ini sudah bergabung untuk cuba memusnahkan bandar ini.Penduduk-penduduk di dalam bandar ini merupakan makanan bagi mutan2 tersebut kerana mutan ini dahagakan darah manusia yang segar.
"Wan,buka Pintu 3,kita akan lancarkan serangan balas."Wan menekan punat berwarna merah tersebut, skrin memaparkan ruang hadapan pintu gerbang bandar yang dipenuhi mutan-mutan,ada yang sudah masuk ke dalam dan menikmati hidangan manusia di selatan bandar tersebut.Dia menggenggam tangannya,menahan amarah yang semakin berkumpul di dalam diri."Wan,bersabarlah,tiada apa yang dapat kita lakukan, sudah takdir mereka untuk mati dalam keadaan macam tu",kata Alia yang merapati Zakwan dari belakang tanpa disedarinya.Wan mengalihkan pandangannya ke arah Alia."Alia,Wan nak tolong bangsa kita.Kita manusia hidup macam pelarian sedangkan Bumi ini hak milik kita.Kenapa kita perlu lari dari makhluk-makhluk ni,kalaulah Wan ada kuasa untuk hapuskan mereka....",kata-kata Zakwan mati di situ.Dia tidak mampu lagi untuk berkata-kata.
Masih terbayang jelas di matanya saat kedua ibu bapanya dibunuh mutan-mutan tersebut di hadapannya.Melihat kedua orang yang paling disayangi diratah di hadapan sendiri sangat memedihkan jiwanya.Trauma yang dialaminya sangat teruk selepas kejadian itu.Nasib baiklah Professor Marion menyelamatkannya sebelum dibaham mutan tersebut.Jika tidak,mungkin sekarang dia sudah tidak bernyawa lagi.Itulah yang menyebabkan Zakwan begitu marah dengan mutan-mutan tersebut.
"Wan,aktifkan pelindung.Mutan-mutan sudah bergerak ke sektor D.Kita kena lindungi stesen janakuasa".Wan pantas menekan butang di sudut kanan papan kekunci komputer giga itu.Sebuah antenna muncul dari tanah dan mengaktifkan satu lapisan hologram berwarna kuning.Mutan-mutan tadi cuba masuk,tetapi lapisan hologram tadi menyerap daya-daya tujahan mutan-mutan ganas tersebut.Mutan-mutan tadi masih cuba memasuki sektor tersebut.Daya tenaga yang dihasilkan janakuasa tersebut mungkin sudah menarik perhatian mutan-mutan ini.
"Assalamualaikum Wan,Alia",satu suara menyapa Zakwan dari belakang.Suara yang amat dikenalinya sejak usianya 8 tahun.Professor Marion melangkah perlahan ke arah Zakwan."Prof,kenapa Prof. tinggalkan tempat Prof?Bukankah mutan sedang menyerang?".Zakwan bertanya dengan nada yang cemas"."Wan,saya kan ada.Jangan risau,"Avis,program komputer yang direka oleh Professor Marion menjawab.Avis merupakan hasil ciptaan terunik Professor Marion,keupayaan berfikir seperti Professor Marion dan kebijaksanaanya dalam starategi perang merupakan sebab bandar Xell masih kukuh berdiri.
Avis dicipta 3 tahun yang lalu selepas Professor Marion mengkaji program artifisialnya selama 20 tahun.Seluruh idea dan kesabaran dalam proses mengkaji telah direalisasikan Professor Marion melalui Avis.Walaupun begitu,hingga sekarang Zakwan tidak mengetahui,di mana pusat sebenar Avis berada.Bagaimana sisitem Avis dihidupkan dan dimatikan,bilik operasinya,semuanya tidak diketahui Zakwan.
"Zakwan,sudah lama saya kat pintu tu tadi.Saya dengar awak berapi-api cakap nak kalahkan mutan-mutan tu,"."Ya Prof.Kalau saya diberi kuasa,saya akan berjuanag sampailah Bumi kita kembali aman Prof.Saya dah tak tahan tengok makin ramai yang terkorban kerana mutan-mutan ini.".Matanya tajam merenung Professor Marion.Nadanya yang serius membuktikan kesungguhan anak muda ini ingin berjuang mempertahankan bangsanya.Tangannya masih digenggam erat.Urat-uratnya yang timbul akibat perasaan amarahnya membuatkan Professor Marion menghormati ketegasan anak muda ini menegaskan pendiriannya.
"Professor,mutan sudah memasuki ibu kota!!!".
"Apa!!Cepat, aktifkan pelindung terakhir,Avis.Alia,Zakwan,awak berdua ikut saya."
"Ke mana Prof?"tanya Zakwan.
"Ikut cepat!!Kita kesuntukan masa sekarang.Awak akan berjuang kali ni,".Menyirap darah Zakwan mendengar perkataan 'berjuang'.
"Sudah tiba masa Destiny diaktifkan,"sambung Profesor Marion lagi.
"Destiny?Apa tu?",hati kecil Wan semakin tertanya-tanya.
Posted by Meniti Hari.... at 3:43 AM 2 comments
Monday, October 26, 2009
7th destiny(chapter 1)
Tahun 2106
"Zakwan, tingkatkan kelajuan photon ke 3.50 kali ganda kelajuan cahaya, turunkan janakuasa ke tahap 2, buka injap ke 5".Zakwan pantas melakukan seperti yang disuruh oleh Profesor Marion,setiap arahan diikutinya dengan teliti, kelajuan tangannya berserta koordinasi tubuhnya memetik setiap suis di kekunci utama komputer giga itu mengatasi masalah pengecas tenaga yang sudah lama digunakan sebagai sumber tenaga Bandar Xell itu..Bandar Xell seperti yang diketahui merupakan satu-satunya bandar yang masih selamat setelah tragedi meteor Hooly 2067,saat itu,hampir separuh dari umat manusia telah pupus dan mati akibat peristiwa tersebut.Setelah tragedi tersebut, sifat manusia mula berubah...
Semakin ramai manusia berubah menjadi ganas dan bersifat agresif.Virus yang dibawa oleh meteor tersebut telah berevolusi dengan komposisi udara di Bumi.Karbon dioksida yang terlalu banyak di udara pada waktu itu telah menyebabkan virus ini menjadi aktif dan menyebarkan wabak mutan yang menakutkan.Manusia berubah menjadi mutan setelah bertindak agresif dan berevolusi menjadi makhluk pelik.
Zakwan masih ingat lagi tentang sejarah tersebut yang dipelajarinya di sekolah falsafah dahulu.Walaupun kejadian tersebut telah lama berlalu,namun mutan2 ini masih lagi wujud di luar sana.Bumi selepas kejadaian tersebut menjadi bertambah sejuk dan atmosfera Bumi mula membentuk 3 lapisan hasil daripada komposisi meteor tersebut.
Akibat meteor itu juga,Bumi kini terbelah di tengahnya dan meninggalkan jurang yang amat dalam di kawasan Khatulistiwa,satu jurang yang membahagikan Bumi kepada dua bahagian yang sangat jelas.Setelah peristiwa tersebut,manusia yang kebal dengan virus tersebut termasuklah Profesor Marion melarikan diri dan membina bandar untuk meneruskan kehidupan.Hasil teknologi dan kepandaian akal fikiran Profesor Marion menyebabkan hanya bandar Xell yang mampu bertahan dan dapat terselamat dari keadaan climate alam yang semakin tidak stabil.
Zakwan tersedar dari lamunan apabila Alia menjerit-jerit memanggil-manggil namanya.."Wan,cepat!!!!mutan menyerang!!!!".
Friday, October 23, 2009
mencari hakiki
jam pukul 6.30...manusia ini masih menaip di celahan huruf2 laptop,mengeja satu persatu angka dan perkataan..mencari makna dan erti sebuah kehidupan...
hidup,terlalu sukar ditafsirkan bagi insan ini....terlalu mendalam akibatnya pada diri ini..hinggakan satu masa dulu,dia pernah berhenti untuk hidup...menyembunyikan senyuman di balik konkrit2 kekecewaan yang dilitupi pasir keraguan...
insan ini terlalu banyak merasai penderitaan hinggakan dia sedar mengeluh bukan penyelesaian, menangis bukan pilihan,merenung bukan satu ketentuan....dia cuba tersenyum,tapi mukanya kelat,hatinya ditusuk-tusuk rindu, jiwanya dahagakan kasih sayang..hinggakan dia sedar,dia alpa...jauh dari cinta yang selama ini dia damba...
satu masa dulu dia bertanya pada si pemberi cinta,adakah hidup ini hanya untuk menderita semata?apakah si pemberi cinta mampu memberi bahagia yang lama dinanti dan dicita...manusia ini mencari hakikat sebenar destinasi hidup ini...mencari-cari mengapakah dia perlu menerima cinta si pemberinya...dia tidak sedar..itulah yang dijanjikannya kepada pemberi cinta satu masa dahulu...
subuh ini dia sedar dari lamunan yang lama membelenggu setiap inci neuron dan sel2 di dalam badannya..pemberi cinta tak pernah mengeluh bila insan ini alpa dan melupakannya..malah dia terus mengharap insan ini menyedari dirinya...dia bukan lah si peminta cinta..kerana dia tahu takdir itu adalah kawalannya...
si penerimma cinta ini tidak pernah kenal erti syukur kerana dicintai si pemberi cinta
dia lupa pada kenikmatan dunia..dia leka pada keindahan dunia,hinggakan dia terlupa si pemberi cinta..pemberi cinta terus mengharap si penerima cinta akan berubah..
pujangga berbahasa..air boleh merubah pantai...tapi hati manusia bukanlah sekuat air..angin boleh menumbangkan pokok,tapi hati manusia bukanlah seteguh angin...
kerana hati insan ini pernah mati satu masa dulu..akibat tragedi yang tak mungkin dilupakan...sahabat meninggal di hadapan kedua mata ini,siapa dapa bertahan dengan ujian itu ketika itu,hinggakan dia menyalahkan takdir kerana merampas sahabatnya itu...
insan ini lupa..ujian yang diberi si pemberi cinta tadi hanyalah sedikit dari apa yang akan diuji selepas ini...dia lupa erti bersyukur dalam kamus hidupnya,dia lupa erti restu ilahi dalam perjalanan hidupnya..kerana dia hanyalah manusia yang naif,yang mengikutkan darah muda melebihi kewarasan akal fikiran yang dikurnia...dia hanyalah manusia...keslahan itu sinonim bagi dirinya,hinggakan dia takut untuk bertindak kerana takutkan kesalahan...
insan ini mula sedar...si pemberi cinta itu amat menyayangi dirinya..dikurniakan insan ini kesihatan yang baik,tubuh badan yang lengkap,perasan yang memilukan,menggembirakan,dia bersyukur menjadi hamba cinta si pemberi cinta,dia syukur kerana ditemukan dia dengan pemberi cinta kala usianya 5 bulan setengah di dalam perut ibunya dan berjanji mentaati si pemberi cinta...kerana mengakui si pemberi cinta Allah yang Esa....
kini insan ini ingin berubah,kembali mencari sinar ilahi di tengah2 kekalutan hidupnya....mencari sinar senyuman hidayah di pintu2 ujian yang bakal mendatang...mengulit perkataan dan zikir2 memuji si pemberi cinta
mengubah hidupnya menjadi bermakan,kerana dia manusia,hamba kepada si pemberi cinta yang selama ini dilupakannya...
insan ini menangis pagi ini kerana takutkan dosa yang dilakukannya...sebak hatinya kerana masih diberi peluang melihat alam lagi pagi ini...yang selama ini dia hirup udaranya setiap pagi dgn hembusan nafas segar menusuk tulang...insan ini rebah satu masa dulu...dan insan ini akan berharap pada ilahi untuk bangkit kembali....insan ini sedar..hidupnya sudah lama disiakan pada nikmat yang membutakan mata hati...
air mata tetap menitis di hati ini...walaupun wajah tetap seredup pagi seperti hari yang dilalui sebelum ini,insan ini sedar,pagi ini berbeza sama sekali..dia mula kenal erti sebuah cinta ilahi....harapnnya meninggi...berharapkan restu dari si penciptanya,yang berkuasa ke atas dirinya....
dia kaku melihat sejadah yang terhampar di hadapannya,sukar digambarkan perasaan sebak ini...yang dia pasti...dia mencintai Ilahi...dia menginginkan kasih Ilahi,kerana dia adalah manusia yang kurang kasih diberi....di saat dia ketawa,dia rasa kosong kerana di hatinya tiada pengisian nurani...
insan ini akan mengubah hidupnya...semoga dia direstui dan kuat menempuh cabaran selepas ini....
Posted by Meniti Hari.... at 3:27 PM 0 comments
Monday, October 19, 2009
Hidup
Hari ni hari yang memilukan bagi semua orang,oops..minggu yang memilukan...semua asyik tensen,nak marah,moody...ada masalah dan banyak lagi....
Hidup orang kat sekeliling aku semakin dipenuhi masalah2 dunia,masalah2 dengan keluarga ada yang sedih,ada yang duka,banyak konflik..sampaikan aku sendiri rasa hidup aku sedih bila tengok member2 semua sedey...
Menulis kali ni pun untuk memuaskan hati,untuk luahkan betapa aku terlalu rindukan famili aku di umah...ye la,walaupun still kat Malaysia,dah lama tak balik umah...homesick dah mula melanda,tapi still maintain depan kawan2...cool la sangat...aku semakin rindu masakan tomyam mak aku...
Cuti 4 hari minggu nie aku habiskan kat umah kawan aku,Izat Azizi(Botet) kat Shah Alam...Mula2 tak nak ikut g umah dia,nak stady la sgt..tapi bila pergi umah dia baru tahu,hahaha...
Umah ntuk stady,bayangkan buku sahaja daam satu rumah,tanpa tv,internet dan line tepon yang kadang2 ta da,kejap ada ejap ta da balik..memang hidup zaman 80-an la...
haha.....apa pun minggu ni,aku hepi jugak sebab aku spent banyak masa dengan kawan2,macam aku wat kat matrik dulu...esok pulak 20 hb...viva akan melanda hidup ini,viva ni test untuk amali experiment...pe pun hidup kena hepi...
hurm...ta da g artikel yang ingin ditulis,cuma aku nak cakap rindu kat Abg Mukhlis,haha....berjuanglah sahabatku di Rusia....ape pun aku blajar something minggu nie...
Hidup memang tak mudah,walaupun kita cuba senangkan hidup dengan tak mencari masalah,masalah tetap akan ada,dan kita kena tabah hadapi dugaa hidup...da bila kita ada masalah,kawan2 yang akan menggembirakan hidup kita...
Lecturer aku pun ada cakap,kalau kita sayangkan seseorang,jangan tangguh2 untuk cakap kita sayangkan oranag 2 sebab mungkin kita tak kan berpeluang cakap benda tu bila dia dah ta da t...aku cuba memahami, dan bayangan arwah Hazrol kembali menyelinap ke otak aku....Al-Fatihah buat mu Hazrol....taching la pula...
ape pun kawan2 ku tabah la hadapi hidup selama aku ada,aku akan cuba bahagiakan semua orang di sekeliling aku.....
Posted by Meniti Hari.... at 12:08 AM 0 comments
Friday, October 16, 2009
Kembali Menulis....(Sejarah melayu)
first sekali,maaf diucapkan kepada abg mukhlis,abg haziq dan ramai g kerana menghilangkan diri tanpa khabar berita...haha..nighthawk masih di sini....cuma sedang bertafakur dengan buku Modern Physics n Electronics...okie...post yg dah lama ingin dibikin(cakap indon lak),nak dibuat....nak dipost....
kepada yg membaca nie...aku mintak sesgt,ta ya la dikomen hal sensitiviti...sebab ni adalah kebenaran yg cuba diselindungkan.....(ayat nak kontroversi)...okie..pk kan n cuba lihat kebaikannya dan hiknahnya...
Bangsa Melayu memang terkenal.....kerana adat,sopan santunnya,budi bahasa dan tingkah lakunya...Melayu sendiri sinonim dengan pelbagai kesusasteraan,pelbagai patah bidalan dan perumpamaannya....sehinggakan melayu itu sendiri digelar sebagai pengasas kebudayaan di Tnah Melayu..
Melayu..dari mana asal usulnya?Melayu ini satu bangsa yang lahir dari puak2 kecil yang bertebaran di Kepulauan Melayu ini...tak dapat dipastikan nama suku kaum itu kerana hasil penyelidikan mengatakan yang Melayu ni dtg dari Malawi lah,ini lah,itulah...apa yang penting,Melayu lah pengasas kepada Tanah Melayu...
Tanah Melayu dulunya hanya tanah kecil di pinggir Asia Tenggara,diterokai dan pada mulanya menjadi tapak kepada Kerajaan Funan dan kerajaan Kedah Tua...setelah beberapa abad,sampailah Melayu ke sini,dan mereka mula menjelajah ke segenap pelusuk Tanah Melayu,melebarkan empayar orang Melayu...
Dahulunya Melayu hanyalah dan adalah suku kaum dominan di sini....sejarah yang korang blaja kat skolah kan ada cakap..pemerintahan penjajah pertama bermula di Melaka dan diperintah Portugis slama 350 tahun...
satu masa yang lama,penjajahan bertukar tangan ke Amerika Syarikat,Portugis,Belanda,dan British....Jepun kemudian British hinggalah kita merdeka...
Bukan soal penjajahan yang nak dibincang di sini,tapi kesan penjajahan...
macam mana sebuah negara majmuk wujud di sini..Malaysia...
atas Sistem Kangcu dan sistem Tiket yang membawa imigran2 Cina dan India....maka malaysia akhirnya menjadi negara majmuk...Dasar Pecah dan Perintah British yang membahagikan kaum kepada sektor pekerjaan berbeza telah menyebabkan wujud jurang untuk setiap kaum hidup saling bersatu-padu....
tujuannya hanya satu,memustahilkan kemerdekaan,lahirlah perjuangan para radikal menentang dan menghalang tindkan British ini...pelbagai usaha giat dijalankan pada 10 tahun sebelum Malaysia merdeka....aku suke sgt ngan apa yang jadi time 2...anak-anak muda,remaja,seumua turun berganding bahu,menyumbang tenaga 4 kerat cuba menentang sebuah organisasi yang berpusat di Tanah Jajahan London iaitu Mlayan Union
golongan2 berpendidikan tinggi pula menyokong tindakan sultan,melibatkan diri dlam politik ntuk menjadi mata kepada Sultan,telinga kepada Menteri2 dan mulut kepada rakyat....terdapat satu golongan lagi yang turut berjuang selain wanita dan kanak-kanak melalui AWAS...iaitu golongan yang menggunakan mata pena sebagai senjata menentang Malayan Union...
aku respect mereka,contoh Karim Dhobi dan ramai lagi kerana hasil penulisan ptriotisme mereka menyebabkan rakyat berapi-api menentang penjajah....mula timbul pelbagai parti radikal yang turut menentang penjajah...golongan Melayu sgt bersatu padu time tuh,
kemudian British sedar untuk halang oranag Melayu adalah mustahil,jadi time nie lah die gunakan manfaat Perlembagaan Pusat Tanah Jajahan London,dan tuntut semua kaum bersatu padu dulu sebelum kemerdekaan diberi.....time ni la..Dato Onn Jaafar letak jawatan sebab Melayu tak sokong IMP(parti Kemerdekaan Malaya) terima keahlian kaum lain...pegantinya Tunku Abdul Rahaman ambil alih tampuk pemerintahan dan tubuhkan sistem Ahli dan buat kabinet bayangan yg terdiri dari pelbagai kaum....
Tan Cheng Lock,dan ramai g bergabung akhirnya dan kemerdekaan dicapai...happy ending time 2..semua bergembira....arus permodenan meningkat...
tapi......
ada benda yang menjadi kerisauan Tunku Abdul Rahaman satu masa dulu....
adakah keamanan dan masyarakat pelbagai kaum ini dapat terus-terusan hidup bersatu-padu...?
mencecah 45 tahun hidup tanpa sebarang perpecahan kecuali tragedi menyayat hati 1963,ade sebahagian pihak cuba menjatuhkan perlembagaan Malaysia skarang...aku ta tahu sapa,tapi atas kepentingan politik,bangsa Melayu itu sendiri cuba menjatuhkan perlembagaan yang sememangnya dari dulu melindungi hak istimewa orang Melayu...
sebagai anak merdeka,aku sedih sebab kite lahir n membesar dalam masyarakat majmuk,sepatutnya hal ni tak timbul,sedangkan bangsa lain dah brapa lama ta komen tentang hak Melayu..of kos la kita dapat keistimewaan,nama pun tanah sendiri...
agak pening gak kenapa ada individu sanggup bertindak sedemikian rupa....
oleh itu aku nak seru kat sini,pada pembaca,kemerdekaan ni kita capai hsil titik peluh,hasil sumbangan wang rakyat dan hasil darah dan air mata pemimpin pejuang dan pentadbir negara satu masa dulu...
buat anak-anak muda lain kat luar sana,tengoklah cter Hati Malaya,aku pham korang sume style2 sekarang,hidung bersubang,rambut pacak2 habis,ade yg sana-sini heret pakwe makwe,aku dah penat komen hal nie..tapi biasalah,dunia akhir zaman,kita tak leh watpe....
kepada abg Mukhlis,bile baca post nie,ngatlah kita stady=jihad...yus tahu abg Mukhlis leh tamatkan pengajian ngan berjayanya kat Russia tu..hehe...wat sume,aku rasa aku nak kembali menulis blog lagi sekarang....meluahkan idea di jalan yang benar....
so,skali lagi seru...marilah kita bersatu-padu..sebab tanpa perpaduan,siapalah kita....tiadalah kemerdekaan ini.....jangan sampai negara kita dijajah lagi walaupun minda remaja sekarang sudah terjajah oleh anasir yang melalaikan...
Posted by Meniti Hari.... at 10:37 AM 0 comments