BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 28, 2009

7th destiny(chapter 3)

Zakwan berjalan mengikuti Professor Marion.Setahunya,jalan yang dilalui mereka membawa ke Perpustakaan Zega,perpustakaan awam Bandar Xell."Kenapa Professor Marion bawa aku ke sini?"hati kecil Zakwan tertanya-tanya destinasi mereka.Dia tidak mahu bertanya banyak kerana Professor Marion sangat cemas.Dia hanya akan melambatkan lagi masa jika dia banyak bertanya.Alia juga hanya diam mengikuti Professor Marion.

"Mungkin dia juga berfikiran sebegitu",kata hati kecil Zakwan.

"Assalamualaikum cik,boleh saya bantu,"seorang gadis cantik berpakaian uniform biru dan bertudung menyapa mereka di kaunter pertanyaan Perpustakaan Zega."Waalaikumsalam,boleh saya berjumpa dengan Jinggo.Katakan pada dia Marion yang datang."

Ketika Professor Marion sedang berbual-bual dengan gadis tadi,mata Zakwan tidak lepas dari memandang gadis beruniform biru tersebut.Senyumannnya yang manis mencuit sedikit hati Zakwan.Alia yang menyedari ekor mata Zakwan mencubit tangan Zakwan perlahan.

"Hehe..terpikat ke bang?"tanya Alia seraya tertawa.

"Eh,tak la!!!Zakwan tengok senyumannya tu je,manis,"kata Zakwan perlahan kepada Alia.Malu sedikit dirinya kerana perbuatannya disedari Alia.Dia cepat-cepat mengalihkan pandangan ke arah orang-orang yang banyak lalu lalang di ruang tengah perpustakaan itu.

Alia tertawa kecil.Lucu hatinya melihat reaksi yang ditunjukkan Zakwan.Dia sudah lama jatuh hati dengan anak muda bernama Zakwan itu,cuma perasaan malu yang menebal dalam dirinya serta komitmen Zakwan kepada tugas menyebabkan dia bertangguh untuk memberitahu perasaan sebenarnya.Jika diikutkan hatinya,sudah lama dia ingin memiliki hati Zakwan.Zakwan baginya pemuda yang berani,baik dan bertanggungjawab.

"Alia,Zakwan?"satu suara menegur mereka.

Mereka serentak berpaling ke arah punca suara tersebut."hai,saya Jinggo.Kawan kepada Marion.Mari, kita sudah kesuntukan masa."Alia dan Zakwan bingkas bangun dan mengikuti Professor Marion dan Jinggo.Anak mata Zakwan sempat lagi menjeling gadis di kaunter pertanyaan tadi.

Mereka berempat termasuk Professor Marion berjalan ke tingkat 5 perpustakaan mega itu.Ribuan rak dan buku-buku yang ditulis sepanjang Zaman Kebangkitan memnuhi segenap ruang rak-rak tersebut.Zakwan masih kecil ketika Zaman Kebangkitan berlaku.Zaman di mana perkembangan ilmu pengetahuan dan sastera meningkat hasil penemuan baru serta perkembangan sains semula di Bumi selepas kejadian meteor yang meragut nyawa separuh umat manusia itu melanda.Zaman ini juga melihat kebangkitan semula manusia melawan mutan-mutan.Perkembangan ketenteraan hasil penemuan galian-galian baru akibat meteor tersebut juga berlaku pada zaman ini.Dengan hasil galian serpihan meteor tersebut mereka berjaya menghasilakan lapisan hologram baru yang dapat menahan hentakan dan banyak lagi penemuan baru.

"Kita dah sampai."kata Jinggo.

"Tapi ini cuma rak buku yang biasa,"kata Zakwan.

Memang itu hanya rak buku yang biasa.Zakwan terpandang kod rak tersebut.'19810-Sejarah'.Rak tersebut hanya kelihatan biasa seperti ribuan rak yang terdapat di perpustakaan itu.Tiada apa yang berbeza.

Jinggo tersenyum.

"Sekarang Zakwan,tarik buku kelima dari kanan pada baris keenam rak,buku ketujuh dari kanan pada baris kelapan,buku pertama dari kiri pada baris bawah sekali."

Zakwan melakukan apa yang disuruh oleh Jinggo.Tiba-tiba rak tersebut terbelah dua.Sebuah pintu tersembunyi muncul dari celahan rak yang terbelah tersebut.Zakwan terkejut melihat apa yang dipertontonkan Jinggo.Tidak pernah dia pikirkan akan wujud pintu rahsia di sebalik rak tersebut.

"Inilah makmal rahsia saya dan Professor Marion.Dulu,kami merupakan sahabat baik dan saya merupakan pembantunya dalam membangunkan Bandar Xell.Cepat,pakai benda ni.Awak telah dipilih Professor sebagai First."kata Jinggo.

"First?Apa yang First?saya tak paham Encik Jinggo,"Zakwan semakin keliru dengan arahan Jinggo.

"Pakai je la,saya jamin awak akan selamat,"

Jinggo menghulurkan sebentuk kalung kepada Zakwan.Zakwan semakin berdebar-debar.Apa pun yang akan dipakainya nanti,dia tahu hidupnya akan berubah.Dia memandang Professor Marion dengan wajah yang gusar.

"Jangan risau Zakwan,pakai je.Kita dah kesuntukan masa,"

Tanpa berfikir panjang,Zakwan menyarung kalung tersebut ke lehernya dan....

0 comments: