BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, October 26, 2009

7th destiny(chapter 1)

Tahun 2106

"Zakwan, tingkatkan kelajuan photon ke 3.50 kali ganda kelajuan cahaya, turunkan janakuasa ke tahap 2, buka injap ke 5".Zakwan pantas melakukan seperti yang disuruh oleh Profesor Marion,setiap arahan diikutinya dengan teliti, kelajuan tangannya berserta koordinasi tubuhnya memetik setiap suis di kekunci utama komputer giga itu mengatasi masalah pengecas tenaga yang sudah lama digunakan sebagai sumber tenaga Bandar Xell itu..Bandar Xell seperti yang diketahui merupakan satu-satunya bandar yang masih selamat setelah tragedi meteor Hooly 2067,saat itu,hampir separuh dari umat manusia telah pupus dan mati akibat peristiwa tersebut.Setelah tragedi tersebut, sifat manusia mula berubah...

Semakin ramai manusia berubah menjadi ganas dan bersifat agresif.Virus yang dibawa oleh meteor tersebut telah berevolusi dengan komposisi udara di Bumi.Karbon dioksida yang terlalu banyak di udara pada waktu itu telah menyebabkan virus ini menjadi aktif dan menyebarkan wabak mutan yang menakutkan.Manusia berubah menjadi mutan setelah bertindak agresif dan berevolusi menjadi makhluk pelik.

Zakwan masih ingat lagi tentang sejarah tersebut yang dipelajarinya di sekolah falsafah dahulu.Walaupun kejadian tersebut telah lama berlalu,namun mutan2 ini masih lagi wujud di luar sana.Bumi selepas kejadaian tersebut menjadi bertambah sejuk dan atmosfera Bumi mula membentuk 3 lapisan hasil daripada komposisi meteor tersebut.

Akibat meteor itu juga,Bumi kini terbelah di tengahnya dan meninggalkan jurang yang amat dalam di kawasan Khatulistiwa,satu jurang yang membahagikan Bumi kepada dua bahagian yang sangat jelas.Setelah peristiwa tersebut,manusia yang kebal dengan virus tersebut termasuklah Profesor Marion melarikan diri dan membina bandar untuk meneruskan kehidupan.Hasil teknologi dan kepandaian akal fikiran Profesor Marion menyebabkan hanya bandar Xell yang mampu bertahan dan dapat terselamat dari keadaan climate alam yang semakin tidak stabil.

Zakwan tersedar dari lamunan apabila Alia menjerit-jerit memanggil-manggil namanya.."Wan,cepat!!!!mutan menyerang!!!!".

0 comments: