BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 27, 2009

7th Destiny(Chapter 2)

Wan bergegas menuruni anak tangga dan menuju ke bilik kawalan.Fikirannya bercelaru dan bimbang kerana sejak akhir-akhir ini, semakin banyak mutan yang menyerang Bandar Xell.Bagaikan mutan-mutan ini sudah bergabung untuk cuba memusnahkan bandar ini.Penduduk-penduduk di dalam bandar ini merupakan makanan bagi mutan2 tersebut kerana mutan ini dahagakan darah manusia yang segar.

"Wan,buka Pintu 3,kita akan lancarkan serangan balas."Wan menekan punat berwarna merah tersebut, skrin memaparkan ruang hadapan pintu gerbang bandar yang dipenuhi mutan-mutan,ada yang sudah masuk ke dalam dan menikmati hidangan manusia di selatan bandar tersebut.Dia menggenggam tangannya,menahan amarah yang semakin berkumpul di dalam diri."Wan,bersabarlah,tiada apa yang dapat kita lakukan, sudah takdir mereka untuk mati dalam keadaan macam tu",kata Alia yang merapati Zakwan dari belakang tanpa disedarinya.Wan mengalihkan pandangannya ke arah Alia."Alia,Wan nak tolong bangsa kita.Kita manusia hidup macam pelarian sedangkan Bumi ini hak milik kita.Kenapa kita perlu lari dari makhluk-makhluk ni,kalaulah Wan ada kuasa untuk hapuskan mereka....",kata-kata Zakwan mati di situ.Dia tidak mampu lagi untuk berkata-kata.

Masih terbayang jelas di matanya saat kedua ibu bapanya dibunuh mutan-mutan tersebut di hadapannya.Melihat kedua orang yang paling disayangi diratah di hadapan sendiri sangat memedihkan jiwanya.Trauma yang dialaminya sangat teruk selepas kejadian itu.Nasib baiklah Professor Marion menyelamatkannya sebelum dibaham mutan tersebut.Jika tidak,mungkin sekarang dia sudah tidak bernyawa lagi.Itulah yang menyebabkan Zakwan begitu marah dengan mutan-mutan tersebut.

"Wan,aktifkan pelindung.Mutan-mutan sudah bergerak ke sektor D.Kita kena lindungi stesen janakuasa".Wan pantas menekan butang di sudut kanan papan kekunci komputer giga itu.Sebuah antenna muncul dari tanah dan mengaktifkan satu lapisan hologram berwarna kuning.Mutan-mutan tadi cuba masuk,tetapi lapisan hologram tadi menyerap daya-daya tujahan mutan-mutan ganas tersebut.Mutan-mutan tadi masih cuba memasuki sektor tersebut.Daya tenaga yang dihasilkan janakuasa tersebut mungkin sudah menarik perhatian mutan-mutan ini.

"Assalamualaikum Wan,Alia",satu suara menyapa Zakwan dari belakang.Suara yang amat dikenalinya sejak usianya 8 tahun.Professor Marion melangkah perlahan ke arah Zakwan."Prof,kenapa Prof. tinggalkan tempat Prof?Bukankah mutan sedang menyerang?".Zakwan bertanya dengan nada yang cemas"."Wan,saya kan ada.Jangan risau,"Avis,program komputer yang direka oleh Professor Marion menjawab.Avis merupakan hasil ciptaan terunik Professor Marion,keupayaan berfikir seperti Professor Marion dan kebijaksanaanya dalam starategi perang merupakan sebab bandar Xell masih kukuh berdiri.

Avis dicipta 3 tahun yang lalu selepas Professor Marion mengkaji program artifisialnya selama 20 tahun.Seluruh idea dan kesabaran dalam proses mengkaji telah direalisasikan Professor Marion melalui Avis.Walaupun begitu,hingga sekarang Zakwan tidak mengetahui,di mana pusat sebenar Avis berada.Bagaimana sisitem Avis dihidupkan dan dimatikan,bilik operasinya,semuanya tidak diketahui Zakwan.

"Zakwan,sudah lama saya kat pintu tu tadi.Saya dengar awak berapi-api cakap nak kalahkan mutan-mutan tu,"."Ya Prof.Kalau saya diberi kuasa,saya akan berjuanag sampailah Bumi kita kembali aman Prof.Saya dah tak tahan tengok makin ramai yang terkorban kerana mutan-mutan ini.".Matanya tajam merenung Professor Marion.Nadanya yang serius membuktikan kesungguhan anak muda ini ingin berjuang mempertahankan bangsanya.Tangannya masih digenggam erat.Urat-uratnya yang timbul akibat perasaan amarahnya membuatkan Professor Marion menghormati ketegasan anak muda ini menegaskan pendiriannya.

"Professor,mutan sudah memasuki ibu kota!!!".

"Apa!!Cepat, aktifkan pelindung terakhir,Avis.Alia,Zakwan,awak berdua ikut saya."

"Ke mana Prof?"tanya Zakwan.

"Ikut cepat!!Kita kesuntukan masa sekarang.Awak akan berjuang kali ni,".Menyirap darah Zakwan mendengar perkataan 'berjuang'.

"Sudah tiba masa Destiny diaktifkan,"sambung Profesor Marion lagi.

"Destiny?Apa tu?",hati kecil Wan semakin tertanya-tanya.

2 comments:

MOHD FIRDAUS WAHAB said...

oi..
ni btol2 dak physics ni..
gud joob..!!

Meniti Hari.... said...

mesti la kena praktik pembelajaran hari-hari..tapi ada banyak lagi kena improve...post lepas nie dan sambungan citer nie akan lebih banyak mengenai fakta...insya Allah