BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 23, 2009

mencari hakiki

jam pukul 6.30...manusia ini masih menaip di celahan huruf2 laptop,mengeja satu persatu angka dan perkataan..mencari makna dan erti sebuah kehidupan...

hidup,terlalu sukar ditafsirkan bagi insan ini....terlalu mendalam akibatnya pada diri ini..hinggakan satu masa dulu,dia pernah berhenti untuk hidup...menyembunyikan senyuman di balik konkrit2 kekecewaan yang dilitupi pasir keraguan...

insan ini terlalu banyak merasai penderitaan hinggakan dia sedar mengeluh bukan penyelesaian, menangis bukan pilihan,merenung bukan satu ketentuan....dia cuba tersenyum,tapi mukanya kelat,hatinya ditusuk-tusuk rindu, jiwanya dahagakan kasih sayang..hinggakan dia sedar,dia alpa...jauh dari cinta yang selama ini dia damba...

satu masa dulu dia bertanya pada si pemberi cinta,adakah hidup ini hanya untuk menderita semata?apakah si pemberi cinta mampu memberi bahagia yang lama dinanti dan dicita...manusia ini mencari hakikat sebenar destinasi hidup ini...mencari-cari mengapakah dia perlu menerima cinta si pemberinya...dia tidak sedar..itulah yang dijanjikannya kepada pemberi cinta satu masa dahulu...

subuh ini dia sedar dari lamunan yang lama membelenggu setiap inci neuron dan sel2 di dalam badannya..pemberi cinta tak pernah mengeluh bila insan ini alpa dan melupakannya..malah dia terus mengharap insan ini menyedari dirinya...dia bukan lah si peminta cinta..kerana dia tahu takdir itu adalah kawalannya...

si penerimma cinta ini tidak pernah kenal erti syukur kerana dicintai si pemberi cinta
dia lupa pada kenikmatan dunia..dia leka pada keindahan dunia,hinggakan dia terlupa si pemberi cinta..pemberi cinta terus mengharap si penerima cinta akan berubah..
pujangga berbahasa..air boleh merubah pantai...tapi hati manusia bukanlah sekuat air..angin boleh menumbangkan pokok,tapi hati manusia bukanlah seteguh angin...

kerana hati insan ini pernah mati satu masa dulu..akibat tragedi yang tak mungkin dilupakan...sahabat meninggal di hadapan kedua mata ini,siapa dapa bertahan dengan ujian itu ketika itu,hinggakan dia menyalahkan takdir kerana merampas sahabatnya itu...

insan ini lupa..ujian yang diberi si pemberi cinta tadi hanyalah sedikit dari apa yang akan diuji selepas ini...dia lupa erti bersyukur dalam kamus hidupnya,dia lupa erti restu ilahi dalam perjalanan hidupnya..kerana dia hanyalah manusia yang naif,yang mengikutkan darah muda melebihi kewarasan akal fikiran yang dikurnia...dia hanyalah manusia...keslahan itu sinonim bagi dirinya,hinggakan dia takut untuk bertindak kerana takutkan kesalahan...

insan ini mula sedar...si pemberi cinta itu amat menyayangi dirinya..dikurniakan insan ini kesihatan yang baik,tubuh badan yang lengkap,perasan yang memilukan,menggembirakan,dia bersyukur menjadi hamba cinta si pemberi cinta,dia syukur kerana ditemukan dia dengan pemberi cinta kala usianya 5 bulan setengah di dalam perut ibunya dan berjanji mentaati si pemberi cinta...kerana mengakui si pemberi cinta Allah yang Esa....

kini insan ini ingin berubah,kembali mencari sinar ilahi di tengah2 kekalutan hidupnya....mencari sinar senyuman hidayah di pintu2 ujian yang bakal mendatang...mengulit perkataan dan zikir2 memuji si pemberi cinta
mengubah hidupnya menjadi bermakan,kerana dia manusia,hamba kepada si pemberi cinta yang selama ini dilupakannya...

insan ini menangis pagi ini kerana takutkan dosa yang dilakukannya...sebak hatinya kerana masih diberi peluang melihat alam lagi pagi ini...yang selama ini dia hirup udaranya setiap pagi dgn hembusan nafas segar menusuk tulang...insan ini rebah satu masa dulu...dan insan ini akan berharap pada ilahi untuk bangkit kembali....insan ini sedar..hidupnya sudah lama disiakan pada nikmat yang membutakan mata hati...

air mata tetap menitis di hati ini...walaupun wajah tetap seredup pagi seperti hari yang dilalui sebelum ini,insan ini sedar,pagi ini berbeza sama sekali..dia mula kenal erti sebuah cinta ilahi....harapnnya meninggi...berharapkan restu dari si penciptanya,yang berkuasa ke atas dirinya....

dia kaku melihat sejadah yang terhampar di hadapannya,sukar digambarkan perasaan sebak ini...yang dia pasti...dia mencintai Ilahi...dia menginginkan kasih Ilahi,kerana dia adalah manusia yang kurang kasih diberi....di saat dia ketawa,dia rasa kosong kerana di hatinya tiada pengisian nurani...

insan ini akan mengubah hidupnya...semoga dia direstui dan kuat menempuh cabaran selepas ini....

0 comments: