BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 18, 2009

7th destiny(chapter4)






Bilik di makmal tersembunyi Jinggo dilimpahi cahaya keputihan dari kalung yang dipakai oleh Zakwan..Alia menutup matanya kerana kilauan cahaya itu menusuk keras mata bundarnya itu.Lama kelamaan,cahaya itu semakin hilang dan akhirnya lesap bersama-sama Zakwan!!!!Zakwan sudah hilang bersama kalung tersebut,cahayanya dan hanya terdapat 3 orang sahaja di dalam bilik tersebut sekarang.

Alia cemas.Hatinya resah.Manakan tidak,pemuda yang bertakhta di hatinya hilang begitu sahaja.

"Prof,mana Zakwan?"

Professor Marion masih membatukan diri,diam tanpa sepatah bicara.Langsung tiada jawapan yang pasti untuk soalan Alia tadi.

"Alia,balik ke ibu pejabat sekarang.Avis tak mungkin dapat menahan serangan mutan-mutan itu lagi.Apa pun,kita kena tunggu Zakwan pulang,cuma keberanian dan kekuatan dia untuk pulang saja dapat selamatkan dia"

Alia makin celaru,namun begitu,arahan Professor Marion mesti dilaksanakan.Avis juga ada hadnya.Tak mungkin avis dapat bertahan lagi..dalam hati kecilnya,dia mengharapkan puteranya pulang secepat mungkin.




Zakwan membuka matanya selepas silauan di kalungnya hilang.

"Apa tempat ni,hah?!!!!"

Zakwan benar2 kaget.Dia berada di tengah-tengah pasar di sebuah kota dengan binaan yang pelik.Binaannya bercirikan buatan Arab dan terdapat tulisan yang tidak dapat difahami di sekeliling bangunan tersebut.Beberapa orang kelihatan seperti saudagar kaya sedang meneliti tulisan tersebut.selain itu,peniaga2 lain sedang sibuk berniaga pelbagai jenis barangan.Apa yang mengejutkan Zakwan,kesemua mereka kelihatan seperti kabus,pudar warnanya,seperti sebuah hologram tetapi lebih jelas bentuk dan ketumpatannya.

tiba-tiba,bahu Zakwan dicuit seseorang.

"Awak!!!!Kenal tak saya?"

Seorang wanita berbadan langsing,tinggi dan sangat cantik berdiri di hadapan Zakwan sambil menghadiahkan sekuntum senyuman yang amat manis pada Zakwan.

Zakwan terdiam,memikirkan di mana dia pernah melihat gadis tersebut.Tiba-tiba,dia teringat.Itulah gadis yang dijelingnya tadi.Gadis cantik bertudung yang membuatkan dia panik di hadapan Alia.

"Awak ni gadis kat kaunter 2 kan?em....cik??

"Erika,panggil saya Erika."Gadis di hadapannya pantas memotong percakapan Zakwan.

"Oh,saya Zakwan.anak buah Professor Marion."
"Em,kat mana kita nie?dan macam mana awak boleh ada kat sini?"


"Saya pun tak tahu,saya cuma disuruh professor Marion untuk memakai sebentuk kalung tadi,tiba-tiba kalung tu bercahaya dan saya dah berada kat sini.Saya tengok tempat ni macam dekat bahagian Timur Tengah je.Binaanya jelas dipengaruhi buatan Arab dan saya rasa ni adalah Zaman Kerajaan Babylon.Awak tengok kat bangunan tu,simbol mata 2 adalah simbol Tuhan Kerajaan Babylon,Amon namanya.Dan 2 pulak Ra,tuhan kedua kerajaan Babylonia."

Zakwan tercengang mendengar penjelasan gadis di hadapannya.Diam-diam ubi berisi.Dia semakin kagum dengan gadis tersebut.Banyak yang diketahuinya.

"em,saya rasa kita patut tanya pada orang kat sini tentang kedudukan sebenar kita,"

"Warghhhhhh!!!!!!"Satu jeritan yang amat kuat tiba-tiba kedengaran dari tengah-tengah pasar tersebut.Seorang saudagar tiba-tiba menjerit.Zakwan dan Erika berpaling ke arah suara tersebut.Saudagar yang mereka lihat sebentar tadi bukan lagi saudagar...Badannya telah berubah warna...Kukunya semakin panjang dan badannya membesar..Tulang belakangnya telah tercabut dan mengeras menjadi besi.Orang ramai bertempiaran melarikan diri.

"MUTAN!!!!"hati Zakwan semakin cemas.Zakwan berundur dari situ.Tiba-tiba,dia menyedari ketiadaan seseorang.Gadis tadi...

"Erika,mana Erika?!!!!"Zakwan mencari-cari kelibatErika.Zakwan terkejut melihat Erika kini sudah berada di hadapan mutan tersebut.Mutan itu sudah menghunuskan kuku,bersiap sedia untuk menusuk kepala Erika dengan kukunya yang tajam..

"TAK GUNA!!!"Zakwan menjerit seraya berlari sepantas kilat ke arah Erika.

3 comments:

saffa said...

Owh! Cerpen Fiksyen! Cool! =)

Syawal Ipoh said...

salam ziarah....

rajin mengarang yee...

Meniti Hari.... said...

thnx sume(mengon9 sebentar...klik2 saffa n syawal tadi,hehe..tq..masuk la klik2 g t..hehe,em...masih dalam percubaan..story pun x mantap sgt kan...